Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: FAM tunggu keputusan penghakiman FIFA, akui ada kesilapan teknikal proses penyerahan dokumen

fam-fifa.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa badan induk itu sedang menunggu keputusan penuh daripada Persekutan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum mengemukakan rayuan.

Menerusi kenyataan setiausaha agungnya, Datuk Noor Azman Rahman, FAM mengakui ada kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen oleh kakitangan pentadbiran.

"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang menunggu keputusan penghakiman penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum mengemukakan rayuan mengikut proses dan lunas undang-undang sedia ada," kata kenyataan itu.

"FAM ingin memaklumkan bahawa kami telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.

"FAM mengambil serius perkara ini. Bagaimanapun, FAM ingin menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah."
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video