Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan bahawa badan induk itu telah menerima keputusan rasmi daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkaitan kes pemain warisan.
Terdahulu, FIFA mengenakan hukuman penggantungan 12 bulan daripada aktiviti bola sepak terhadap tujuh bintang warisan Harimau Malaya.
Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano turut dikenakan bayaran denda.
FAM dalam satu kenyataan menegaskan bahawa para pemain terbabit dan FAM sendiri telah bertindak dengan niat baik serta penuh ketelusan sepanjang proses ini.
FAM telah menguruskan segala dokumentasi serta prosedur berkaitan secara telus mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Malah, FIFA sebelum ini telah meneliti kelayakan pemain berkenaan dan memberikan pengesahan rasmi bahawa mereka layak untuk beraksi mewakili Malaysia.
Sehubungan dengan keputusan ini, FAM akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut dan akan menggunakan semua saluran serta prosedur perundangan yang ada bagi memastikan kepentingan para pemain serta pasukan kebangsaan Malaysia sentiasa terpelihara.
"Kami juga akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Malaysia dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan proses yang dijalankan adalah telus, adil dan berlandaskan semangat kesukanan," kata Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.