Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: FAM pecat Perlis FA serta-merta, penstrukturan semula portfolio utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan untuk memecat Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sebagai ahli gabungan berkuat kuasa serta-merta. 

Ini berikutan badan induk itu masih gagal melunaskan bayaran kepada bekas Pengarah Bolasepak PFA, Matthew Mark Holland, dalam tempoh enam bulan yang ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Untuk rekod, PFA digantung kerana gagal melunaskan tunggakan gaji dan pampasan bernilai lebih RM998,000

Impak dan implikasi daripada pengumuman ini, PFA tidak boleh melibatkan diri dalam segala kegiatan bola sepak di Malaysia.

Keputusan itu sekali gus menamatkan keanggotaan PFA yang sekian lama bergelut dengan pelbagai masalah termasuk pengurusan dan kewangan.

 

Namun, status Perlis Guar Syed Alwi (GSA) dalam saingan Liga A1 Semi-Pro tidak akan terjejas kerana tidak perlu mendapat kelulusan PFA dan melalui FAM.

"Ini selepas kita bagi tempoh akhir mereka selama enam bulan. Enam bulan untuk apa? Untuk menyelesaikan atau mengatasinya masalah-masalah sebelum ini dan tempoh enam bulan itu pun telah berakhir," kata Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Sementara itu, timbalan presiden, Datuk S. Sivasundaram, kini dilantik sebagai Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL) dan Yusoff kini menggalas tiga portfolio selaku Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Darurat.

Naib presiden, Datuk Saaran Nadarajah, pulan memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil.
 

Advertisement

Must Watch Video