Terkini: Faisal Halim mula jamah makanan, cuba latihan ringan


Mei 8, 2024 12:23 MYT
Selepas empat hari menerima rawatan akibat disimbah asid, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Dato' Sri Shahril Mokhtar, mengesahkan Faisal Halim sudah dibenarkan untuk makan dan cuba untuk melakukan latihan ringan sendiri pagi tadi.
Melalui wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, ketika menemubual keadaan semasa Faisal yang semakin positif dan bersemangat membuat persediaan menghadapi Liga Malaysia yang akan bermula Jumaat ini.
Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Emir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebentar tadi mencemar duli menziarahi Faisal di hospital sejak kejadian disimbah asid Ahad lalu.

TERKINI : FH dah mula makan & cuba buat latihan ringan pagi tadi. ?? alhamdulillah@ASTROARENA pic.twitter.com/qP2SRd9ZF2

— FinaNasrom (@fnasrom) May 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya difahamkan semasa melawat bersama RMS, Faisal Halim sudah boleh makan dan sudah bersemangat untuk melakukan latihan sendiri.
"Ini sesuatu yang membanggakan kerana dia sangat kuat." katanya.
#bola sepak #Faisal Halim
;