Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), kini tidak lagi bersama pasukan itu bagi musim hadapan.

Berikutan pengumuman kelab dalam usaha untuk memastikan kelab terus kekal kukuh bagi kelangsungan jangka panjang, nama Solari menjadi individu pertama bakal menuju jalan keluar meninggalkan Harimau Selatan itu.


Turut mengikuti Solari adalah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero daripada staf kejurulatihan.


JDT melengkapkan 'quadruple' berganda apabila menjulang Piala Malaysia awal bulan ini selepas mengatasi Terengganu dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mempertahankan empat gelaran bagi dua musim berturut-turut merupakan sesuatu yang tidak pernah dicapai sekaligus JDT mencipta satu rekod yang sukar untuk ditandingi mana-mana pasukan lain.

Aidil Zafuan Abdul Radzak mengetuai enam pemain antaranya S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo bakal meninggalkan skuad Harimau Selatan itu.

Sementara itu, JDT ingin mengucapkan semoga maju jaya buat barisan pemain yang meninggalkan pasukan dipinjamkan seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dHaziq Nadzli.

Undi Best of 2023 di sini! #Bestof2023