Pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools, memahat sejarah selaku pemain negara pertama beraksi dalam liga terbaik Asia, Liga J1 Jepun.
Ini selepas pemain berusia 29 tahun itu sah mengikat kontrak sepenuh masa bersama salah sebuah pasukan gergasi Negara Matahari Terbit itu, iaitu Cerezo Osaka.
Perkara itu diumumkan kelab berkenaan dalam satu kiriman media sosial sebentar tadi.
Sebagai rekod, Cools menyertai Cerezo Osaka daripada kelab Thailand, Buriram United, di mana dia memenangi gelaran quadruple bersama kelab itu selain layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).