Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Careca ledak gol kedua terpantas dalam sejarah Liga Super

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

careca-11-saat.jpg
Penyerang Terengganu, Raianderson da Costa Morais (Careca), medakkan gol kedua terpantas dalam sejarah Liga Super ketika membuka jaringan buat Terengganu sewaktu menentang DPMM di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah ketika ini.

Pemain kelahiran Brazil berusia 29 tahun itu meledakkan jaringan seawal saat ke-11 selepas sepak mula, di mana dia mencuri bola daripada pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol, Kristian Naumovski.

Sebagai rujukan, rekod gol terpantas Liga Super dipegang oleh Rafael Vitor, yang menjaringkan gol buat penang seawal sembilan saat selepas sepak mula ketika menentang Perak pada 2021.

Fakri Saarani pula melakukannya dalam tempoh 12 saat ketika bersama Kelantan FA pada 2015.
 

Advertisement

Must Watch Video