EPL
TERKINI: Bintang Liverpool, Diogo Jota meninggal dunia
Penyerang sensasi Liverpool, Diogo Jota, telah disahkan meninggal dunia berikutan kemalangan kereta di Sepanyol.
Pemain kebangsaan Portugal dilaporkan telah menaiki kereta bersama adiknya Andre, yang juga seorang pemain bola sepak berusia 26 tahun.
Berita tragis itu berlaku selepas hanya dua minggu Jota berkahwin dengan teman wanitanya, Rute Cardoso, di Porto.
Iklan
Diogo Jota and his brother have tragically passed away in a car accident.Rest in peace 🕊️ pic.twitter.com/sqpBdgaf5r— LiveScore (@livescore) July 3, 2025
Perkhabaran itu sudah tentu memberi kesan kepada skuad kendalian Arne Slot dan skuad kebangsaan yang diketuai Cristiano Ronaldo.
Untuk rekod, Jota merupakan bintang sensasi yang sentiasa menjadi sandaran utama. Dia mencatatkan 182 penampilan bersama The Reds dan menjaringkan 65 gol setakat ini.
Sementara itu, di peringkat antarabangsa, dia bersama Portugal melakukan 49 penampilan dan menyumbat 14 gol.
Selain itu, Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Piala Liga Inggeris (EFL) dan kejohanan domestik merupakan antara kejayaan Jota dalam karier.
Pemergiannya sangat dirasai untuk bola sepak dunia.
Must-Watch Video