Bekas kapten Manchester United, Patrice​ Evra, didapati bersalah kerana mengabaikan keluarganya selama dua tahun sejak dari 2021 hingga 2023 dan akan menerima hukuman 12 bulan penjara.




Pemain berusia 43 tahun itu didakwa menanggung hutang hampir RM4 Juta sebagai bayaran nafkah yang tidak dibayar kepada isterinya, Sandra Evra dan dua orang anak di Perancis.

Begitupun, difahamkan peguam Evra telah memfailkan rayuan sejurus keputusan itu dijatuhkan.