Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Azri Ghani, Haziq Nadzli disisihkan daripada Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nt.jpg
Dua penjaga gol negara, Azri Ghani dan Haziq Nadzli, terpaksa meninggalkan kem Harimau Malaya sebelum berlepas ke Laos bagi perlawanan seterusnya Kelayakan Piala Asia, 9 dan 14 Oktober ini. 

Menerusi hantaran Malaysia NT di media sosial, bintang Negeri Sembilan dan Kuching City itu dikeluarkan atas faktor kesihatan, sekali gus digantikan dengan dua penjaga gol yang sinonim dengan skuad kendalian Peter Cklamovski itu. 

Penjaga gol Selangor, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, kembali menghiasi skuad kebangsaan selepas sekian lama tidak dipanggil. 

Bekas pemain bawah 23 tahun (B-23) itu baru melakukan dua penampilan bersama Gergasi Merah dalam aksi Liga Super dan Piala FA, musim ini. 




Nama Suhaimi Husin juga kembali disenaraikan selepas kali terakhir menerima panggilan sewaktu aksi persahabatan tier 1 menentang Singapura dan Palestin, bulan lalu. 

Penjaga gol nombor satu Terengganu itu antara watak penting kelab tersebut sedang menduduki tempat ketiga liga, setakat ini.

Sandaran terbaik Malaysia, Syihan Hazmi Mohamed, kekal selaku pilihan utama, dan sedia mengemudi Harimau Malaya bertemu Laos demi misi sifar kekalahan dalam kempen itu.
 
HM

Satu Semangat, Satu Jersi

Tunjukkan kebanggaan anda bersama skuad negara dengan jersi Harimau Malaya.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video