Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: Arif Aiman, Tommy Mawat digantung tiga perlawanan -- FAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif.jpg
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, digantung tiga perlawanan membabitkan Liga Super Malaysia bertemu Kuala Lumpur City dan pertarungan timbal balik pusingan ke-16 Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur Rovers.

Hukuman tersebut turut dikenakan kepada pertahanan Perak, Tommy Mawat Bada, yang terpaksa melupakan tiga aksi liga dan kejohanan berprestij itu menyaksikan dia terlepas daripada disenaraikan bertemu Kelantan Darul Naim dan Kedah Darul Aman.

 

Terdahulu, kedua-dua pemain itu terlibat dalam insiden pertelingkahan dalam pertemuan JDT bertemu Perak di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sehingga menyebabkan mereka berdua dilayangkan kad kuning.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan rasmi selepas mesyuarat tatatertib dijalankan.

Selain itu, Arif Aiman dan Tommy Mawat berpotensi dijatuhkan tindakan lebih berat serta amaran keras telah diberikan sekiranya melakukan kesalahan yang sama.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video