Bintang terkemuka negara, Arif Aiman Hanapi, ialah permata yang terus bersinar apabila dinobatkan sebagai pemain pertama memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) sebanyak empat kali berturut-turut.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memperoleh gelaran keempatnya selepas tidak henti menampilkan persembahan terpuji menawan peminat tempatan dengan gelecekannya yang memperdayakan pihak lawan.
Untuk rekod, sandaran Harimau Malaya itu juga mencatatkan 13 bantuan jaringan selepas 24 perlawanan Liga Super.
Dengan prestasi yang ditunjukkan pemain itu dalam kancah domestik dan antarabangsa, Arif Aiman merangkul kategori ini selain turut mengekalkan gelaran MVP yang mula dimenangi olehnya sejak edisi Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2021 seawal usia 19 tahun.
Pada edisi lalu, Arif Aiman turut mendominasi empat lagi anugerah lain iaitu Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 serta berkongsi Anugerah Kasut Emas - Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super bersama penyerang Selangor, Faisal Abdul Halim.
Musim penuh gemilang untuk dirinya tatkala menjadi nama tarikan dunia melalui prestasi dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bersama Harimau Selatan dan mencatatkan lima gol di pentas berprestij Asia itu.
Tahun ini, bukan hanya gelaran paling tertinggi itu, malah Arif Aiman membawa pulang Anugerah Pemain Tengah Terbaik menerusi undian tertinggi menewaskan Safawi Rasid dan Stuart Wilkin.

MVP 2024/25 – PEMAIN PALING BERNILAI ?
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 23, 2025
Kalau ada satu nama yang sentiasa muncul di situasi yang diperlukan, inilah dia.
Arif Aiman bin Mohd Hanapi (JDT), pemain paling bernilai musim ini. Tiada tandingan. ??#ABK2425 pic.twitter.com/pH6BGIk4jX