Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

TERKINI ABK 2024/2025: Pecah rekod Fandi Ahmad di KL City, Paulo Josue diangkat selaku Penyerang Terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

josue.jpg
Berusia 36 tahun, Paulo Josue menewaskan penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Romel Morales, dan Darren Lok untuk menggondol Anugerah Penyerang Terbaik menerusi Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024/2025 di Bukit Jalil, sebentar tadi.

Undian tertinggi itu meletakkan tonggak utama Harimau Malaya itu selaku penyerang digeruni tatkala memiliki kepakaran sepakan jarak jauh yang kerap memberi ancaman kepada pihak lawan.

Tidak terhenti di sini, pemain naturalisasi skuad kebangsaan itu memecahkan rekod Fandi Ahmad selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan Kuala Lumpur City dengan 69 gol. 

 

Dan, Josue juga menjadi pemenang Kasut Emas kategori pemain tempatan dengan mengumpul 16 gol secara keseluruhan musim ini. 

Advertisement

Must Watch Video