Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI ABK 2024/2025: Hanya bolos lapan, Syihan Hazmi rangkul penjaga gol terbaik dua musim berturut-turut!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hazmi.jpg
Sejak kedatangannya ke 'Home of Champions', Johor Darul Ta'zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi Mohamed jelas layak diangkat sebagai penjaga gol nombor satu Malaysia kerana konsistensi persembahan yang ditampilkan ketika ini.

Mengulangi pencapaian musim lalu, posisi utama Harimau Malaya itu sekali lagi diumumkan sebagai pemenang Penjaga Gol Terbaik musim ini selepas membantu Harimau Selatan mempertahankan gelaran ke-11 berturut-turut Liga Super Malaysia.

Berusia 29 tahun, Syihan sudah merangkul sebanyak enam kejuaraan dalam semua pertandingan domestik, sekali gus kekal kebal membawa pulang Anugerah Sarung Tangan Emas itu.

 

Tidak dilupakan, bekas pemain Negeri Sembilan itu merupakan individu penting skuad kendalian Peter Cklamovski dalam misi Kelayakan Piala Asia 2027. 

Tahniah Syihan Hazmi!

Advertisement

Must Watch Video