Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI ABK 2024/2025: Hampir pecah rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Bergson Da Silva pertahan Anugerah Pemain Import Terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bergson.jpg
Bakal pemain naturalisasi Harimau Malaya, Bergson Da Silva, berjaya mempertahankan gelaran Pemain Import Terbaik susulan merekodkan 32 jaringan secara keseluruhan musim ini, sekali gus diangkat sebagai Pemenang Kasut Emas.

Status penyerang berbisa itu semakin digeruni apabila hampir bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman selepas untuk memecahkan rekod gol dikumpul bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dengan 106 gol.

Pemain kelahiran Brazil itu telah menghimpunkan 105 gol Liga Super setakat ini dan dijangka meluaskan penguasaannya menjelang musim baharu. 

 

Kebanggaan Harimau Selatan itu turut sedang melakar pencapaian peribadi tatkala melakukan rekod tersebut dengan hanya mewakili satu pasukan sahaja bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) sejak ketibaannya selaku pemain import di Malaysia.

Menurut laman sesawang Soccerway, pemain kelahiran Brazil itu sudah melakukan 76 penampilan dalam Liga Super dan mengambil masa selama empat musim (tahun kelima di Malaysia) sejak menyertai skuad kendalian Hector Bidoglio untuk mengatasi rekod tersebut.
 

Advertisement

Must Watch Video