Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI ABK 2024/2025: Derita kecederaan ACL tidak halang Feroz Baharudin terima Anugerah Pertahanan Terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ferozbaharudin.jpg
Sudah pasti musim 2023 merupakan tempoh cemerlang buat pertahanan muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Feroz Baharudin, membina nama bersama skuad senior dengan diberi kepercayaan diturunkan selaku tonggak utama. 

Berusia 25 tahun, kecemerlangan Feroz bersama skuad muda Harimau Selatan sebelum ini merupakan titik permulaan terbesar dalam karier dirinya.

Meskipun mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada baki saingan Liga Super Malaysia akibat mengalami kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), kekecewaan itu terubati apabila tonggak Harimau Malaya memenangi Anugerah Pertahanan Terbaik menerusi Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024/2025.

 

Untuk rekod, penyandang terdahulu merupakan Azam Azmi Murad dari Terengganu.

Secara langsung, ini bakal menjadi inspirasi untuk dirinya menaikkan semangat dengan menggegar semula arena bola sepak Malaysia, musim depan.

Tahniah Feroz Baharudin!

Advertisement

Must Watch Video