Meskipun tidak bersaing musim ini, tetapi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tetap menghukum tiga pasukan daripada bertanding dalam Liga Malaysia (Liga-M).
Menerusi kenyataan rasmi pengelola liga itu, Sri Pahang, Kedah Darul Aman (KDA) dan Perak dikenakan penggantungan dan denda susulan penarikan diri dan gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan musim ini.
Naib juara Piala Malaysia musim lalu itu dilarang menyertai semua pertandingan di bawah anjuran MFL selama satu musim.
Terdahulu, Tok Gajah memuktamadkan keputusan untuk tidak beraksi dalam kancah Liga Super musim 2025/26 dan tidak melengkapkan pendokumentasian termasuk pengunduran pemilik Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, daripada jawatan tersebut.
Sementara bagi dua kelab utara Malaysia yang gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan digantung selama dua musim hingga akhir 2027.
The Bos Gaurus tidak membuat permohonan Lesen Kebangsaan dan menghentikan operasi serta merta tatkala pelaburan sebanyak RM40 juta telah habis dan tiada lagi baki yang tinggal untuk dibelanjakan.
Ini bermakna, tiada juga kelibat Kedah dan Perak juga pada musim hadapan.