Ange Postecoglou memberi amaran kepada pertahanan Tottenham, Cristian Romero, bahawa terjahannya akan menjadi tumpuan sepanjang musim ini.

Romero baru kembali daripada penggantungan tiga perlawanan kerana kad merahnya ketika bertemu Chelsea awal bulan ini tetapi berdepan kritikan hujung minggu lalu berikutan kekasaran ke atas Callum Wilson dalam kemenangan 4-1 ke atas Newcastle.

Video bantuan pengadil (VAR) telah mengkaji semula insiden itu dan ia kekal sebagai kad kuning tetapi jika Romero dilayangkan kad merah, dia akan menghadapi penggantungan empat perlawanan dan itu akan membuatkan Tottenham tempang tanpa lapan tonggak pasukan utama untuk ke Nottingham Forest, awal pagi esok.

Postecoglou berkata: “Adalah adil untuk mengatakan tumpuan akan terarag kepadanya sepanjang tahun ini.



“Sebarang terjahan yang dilakukannya, sama ada ia sesuatu yang cukup jelas seperti perlawanan Chelsea atau minggu lalu yang saya fikir agak janggal berlaku.

“Dia tahu, dia memahaminya, Dia hanya perlu menyesuaikan diri dalam perlawanan tetapi saya tidak fikir ia adalah subjek untuk perdebatan yang panjang.

“Impak yang dia berikan kepada kami cukup jelas. Berbanding tidak menurunkannya, kami lebih gemar memiliki khidmatnya di luar sana.”