Skip to main content

Bola Sepak

Terjah bintang warisan Indonesia hingga hampir patah kaki, peminat ancam bunuh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ole.jpg
Kelab divisyen kedua England, Oxford United, diangkat selaku naib juara Piala Presiden Indonesia, musim ini. 

Namun, ia dicemari insiden yang tidak diingini susulan penyerang sensasinya, Ole Romeny, dijangka terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki ekoran diasak oleh pemain Arema.

Oxford United yang menewaskan juara bertahan itu 4-0 berjaya mara ke perlawanan akhir, tetapi tetap ada harga yang perlu dibayar apabila kehilangan bintang warisan Indonesia itu menjelang musim baharu.

Paulinho Moccelin yang melakukan kekasaran tersebut terhadap Romeny, bagaimanapun telah memohon maaf dan menanggung rasa sebersalah yang menggunung selepas terjahan itu. 

 

Tindakan itu menerima kecaman dan mengundang provokasi terhadap Paulinho yang disangka merugikan Sang Garuda di pentas antarabangsa.

Akibat daripada perbuatannya itu, pemain Arema itu menerima ugutan bunuh dan mengancam keselamatan keluarganya daripada segelintir penyokong tempatan.

Persoalannya, mampukah Romeny kembali pulih sebelum pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 di Qatar dan Arab Saudi nanti? 

Untuk rekod, ini adalah penganjuran edisi ketujuh Piala Presiden Indonesia dan ini merupakan kali pertama pasukan luar negara dijemput bertanding dalam kejohanan pramusim itu.

Walaupun baru sahaja menjadi rekrut warisan terbaharu Indonesia, Romeny yang sudah melakukan empat penampilan berjaya menjaringkan tiga gol dan dianggap selaku ayam tambatan pasukan bimbingan Patrick Kluivert.

 

Advertisement

Must Watch Video