Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, menerusi Instagram berkongsikan gambar memenangi gelaran di bawah kepimpinan Erik ten Hag yang dipecat serta merta sebentar tadi.

Satu kemenangan dalam lapan perlawanan cukup untuk mengakhiri perjalanan Ten Hag bersama United apabila kelab mengumumkan pengendali kelahiran Belanda itu dipecat serta merta hari ini.

Bruno yang memenangi dua gelaran di bawah kendalian Ten Hag, Piala EFL dan Piala FA, mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk turun dalam pasukan utama.

"Saya menghargai setiap kepercayan dan saat yang dikongsi bersama, saya berharap anda akan terus berjaya pada masa akan datang," kata Bruno.