Pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid, mengucapkan terima kasih kepada dua pemain legenda Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Safiq Rahim dan Farizal Marlias.
Ini susulan dua pemain yang menjadi watak penting Ketika membantu JDT menjuarai Piala AFC 2015 mengucapkan selamat tinggal buat skuad Harimau Selatan.
Untuk rekod, Safiq yang juga merupakan bekas kapten skuad Harimau Malaya telah mengumpul 270 perlawanan bersert 59 gol dan 68 bantuan jaringan sepanjang karierya bersama JDT.
Safiq telah merangkul sembilan kejuaraan Liga Super Malaysia, tujuh Piala Sumbangsih, empat Piala Malaysia, empat Piala FA dan satu Piala AFC.
Manakala, Farizal pula telah mencatatkan 222 penampilan bersama JDT dengan rekod 102 aksi tanpa bolos. Malah, turut menjulang 10 kejuaraan liga, sembilan Piala Sumbangsih, lima Piala Malaysia, empat Piala FA dan satu Piala AFC.
"Legenda perlawanan, Terima kasih untuk semua memori." katanya menerusi laman Instagram hari ini.