Skip to main content

Bola Sepak

'Terima kasih TMJ atas kepercayaan, peluang ini'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia, berkongsikan perasaan teruja untuk memacu kejayaan JDT ke tahap yang lebih tinggi.

Untuk rekod bekas perancang Sepanyol itu memegang Lesen Pro UEFA dan Sarjana Eksekutif UEFA dengan kepakarannya dalam bidang pengurusan bakal ditagih juara 11 kali Liga Super berturut-turut itu.

Dia turut mengucapkan terima kasih buat Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang turut merupakan pemilik JDT atas kepercayaan yang diberikan terhadapnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Luis Garcia (@luchogarcia14)







Menerusi satu hantaran di laman Instagram milik bekas pemain Liverpool itu yang memulakan tugasannya semalam, dia menjelaskan:  "1 April (semalam), saya berasa teruja untuk memulakan secara rasmi perjalanan saya sebagai CEO Johor Darul Ta'zim FC. 

"Terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia di atas kepercayaan dan peluang ini. Saya bersedia menghadapi cabaran baru ini dan memacu kelab ini ke tahap yang lebih tinggi. Kerja bermula sekarang!" katanya.





 

Advertisement

Must Watch Video