Bintang muda Harimau Malaya, Richard Chin, selamat tiba di pangkuan kelabnya, Raith Rovers, di Kirkcaldy, Scotland.
Richard, 22, melakukan penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Palestin di Stadium Sultan Ibraim (SSI), Iskandar Puteri pada Isnin lalu
Pertahanan sayap itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-79, di mana dia menggantikan Quentin Cheng dan memastikan skuad negara mempertahankan kelebihan satu gol -- yang dijaringkan Joao Figueiredo pada minit ketiga -- sehingga ke wisel penamat.
Raith Rovers, dalam satu hantaran media sosial malam tadi, mengirimkan sepotong video, dimana pemain itu berkata: "Hai semua, amat baik untuk selamat kembali ke sini di Kirkaldy.
"Saya hanya mahu berterima kasih kepada anda semua atas mesej-mesej yang ditinggalkan. Ia amat menyentuh perasaan.
"Terima kasih atas sokongan anda dan harap-harap segalanya akan lebih baik."
Dalam satu lagi kiriman kelab itu, Richard dilihat sudah menjalani latihan bersama rakan sepasukannya, tiga jam selepas mendarat di Scotland dan dua hari selepas perlawanan di SSI.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang