LIGA SUPER MSIA
Terima kasih semua, masa benar-benar berlalu -- Bergson
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan ulang tahun hari lahirnya menerusi laman Instagram.
Penyerang yang bakal menjadi naturalisasi terbaru skuad Harimau Malaya itu semalam mencuri tumpuan apabila menambah bendera Malaysia di laman Instagram miliknya.
Satu lagi bendera yang turut diletakkan bersama merupakan bendera negara kelahirannya iaitu Brazil.
Selepas menyambut hari kelahirannya semalam, dia turut memuat naik gambar dengan kapsyen "Terima kasih semua, masa benar-benar berlalu."
Kini berusia 34 tahun, Bergson dijangka menjadi sebahagian daripada skuad Harimau Malaya menjelang saingan kelayakan Piala Asia 2027 bulan hadapan.