Penyerang kelahiran Chile, Ronnie Fernandez, membuat satu hantaran mencuri tumpuan di laman media sosial miliknya dengan mengucapkan 'Terima kasih Selangor' semalam.
Ungkapan di laman Instagram itu seakan menjawab teka-teki mengenai masa depannya bersama juara MFL Challenge Cup 2024/25 itu yang akan berakhir.
Untuk rekod, Ronnie telah menjaringkan 12 gol dan tiga bantuan jaringan bersama Selangor musim ini selepas 33 perlawanan dalam semua kejohanan.
"Terima kasih Selangor kerana mengizinkan saya menjadi sebahagian dari kisah anda, semoga berjaya." katanya.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, masih tidak memberikan kata putus mengenai masa depan penyerang The Red Giants itu bersama pasukan dengan mejelaskan perkara itu bergantung kepada Katsuhito Kinoshi.
"Dia akan membuat keputusan selepas aksi terakhir berdepan PDRM, bergantung pada dia untuk diperbaiki musim depan untuk kami letakkan cabaran lebih baik. Jurulatih akan buat pertimbangan dengan teliti." ujarnya.