Skip to main content

Bola Sepak

Terima kasih, Selamat maju jaya Datuk Ong Kim Swee

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

oks.jpg
Sabah ingin memaklumkan bahawa pihak pengurusan telah menerima permohonan daripada Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, untuk tidak menyambung kontraknya bersama kelab yang akan berakhir pada 30 November 2024 ini. 

Permohonan ini telah dipertimbangkan dengan teliti dan diterima dengan rasa hormat terhadap keputusan beliau. Perlawanan menentang PT Athletic FC dalam saingan Pusingan 16, Piala Malaysia pada 23 November ini merupakan perlawanan terakhir beliau.

Sepanjang tempoh bersama Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee telah memainkan peranan penting dalam pembangunan pasukan dan membawa banyak pencapaian yang
membanggakan antaranya berjaya berada di kedudukan tiga tempat teratas Liga Super bagi musim 2022 dan 2023 selain membawa Sabah FC hingga ke peringkat separuh akhir Piala AFC tahun lalu. Kepimpinan dan dedikasi beliau telah memberi impak besar kepada pasukan serta komuniti bolasepak Sabah.

Sabah FC mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas segala sumbangan dan komitmen yang telah diberikan oleh beliau. Pihak kelab mendoakan kejayaan beliau dalam apa jua bidang dan perjalanan karier yang bakal ditempuh selepas ini.

Pihak pengurusan Sabah FC akan memulakan proses mencari pengganti sementara yang sesuai untuk mengisi jawatan Ketua Jurulatih bagi memastikan kesinambungan prestasi pasukan dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan juga Piala Malaysia.

Sekali lagi, terima kasih kepada Datuk Ong Kim Swee atas segala usaha dan dedikasi. Sabah FC dan seluruh penyokong sentiasa menghargai sumbangan beliau terhadap kejayaan pasukan.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video