Amorim secara rasminya akan mengendalikan The Red Devils hari ini dengan Ruud van Nistelrooy telah mengetuai pasukan dengan baik sebagai jurulatih sementara sejak Erik ten Hag dipecat bulan lalu.
PARA SEMPRE, NA HISTÓRIA ?
— Sporting CP Adeptos ? (@Sporting_CPAdep) November 10, 2024
Obrigado Ruben Amorim. pic.twitter.com/PM2eOGbyY7
Era kegemilangannya bersama Sporting berakhir dengan kemenangan 4-2 menewaskan Braga awal pagi tadi yang juga merupakan kemenangan ke-11 dalam kempen Liga Primeira.
Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan dia menjelaskan: "Sukar untuk meringkaskan segala-galanya ketika ini. Ini adalah pengembaraan yang luar biasa.
"Saya nampaknya sentiasa mempunyai semua kepastian, tetapi dalam beberapa peringkat saya mempunyai banyak keraguan, jadi saya menegaskan bahawa semua ini tidak dicapai bersendirian. Terima kasih kepada penyokong Sporting.
Ruud. Thank You ❤️ pic.twitter.com/3VB7wwxR6B
— Ruben Amorim (@RubenAmorimx) November 10, 2024
"Saya melakukan apa yang saya mampu, saya melakukan beberapa kesilapan, menunjukkan sedikit kedegilan tetapi saya sentiasa memikirkan apa yang terbaik buat pasukan.
"Kali ini adalah pertama kali saya memikirkan diri saya sendiri, tetapi saya terpaksa. Saya berasakan bahawa ini adalah masa untuk haluan hidup saya sendiri." katanya.
Perlawanana pertama Amorim bersama Manchester United adalah ketika menentang Ipswich Town dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu depan di Old Trafford.