EPL
Terima kasih Manchester United -- Marcus Rashford dipinjamkan ke Aston Villa
Penyerang sensasi Manchester United, Marcus Rashford, menyertai Aston Villa secara pinjaman sehingga akhir musim 2024/25.
Dia diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain The Villain hari ini menerusi laman rasmi pasukan itu dengan perjanjian itu termasuk untuk pilihan membeli pemain skuad kebangsaan England itu secara tetap.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Manchester United dan Aston Villa kerana menjadikan perjanjian pinjaman ini terjadi.
"Saya bertuah mempunyai kelab yang mahukan saya tetapi membuat keputusan untuk menyertai Aston Villa amat mudah -saya mengagumi cara Aston Villa beraksi musim ini dan cita-cita pengurus. Saya hanya mahu bermain bola sepak dan teruja untuk bermula.
"Saya mendoakan yang terbaik buat semua orang di Manchester United sepanjang musim ini." katanya menerusi laman media Instagram.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulum dia yang digugurkan daripada skuad United pada Disember pernah menjelaskan bahawa mahukan 'cabaran baru'.
Pemain berusia 27 tahun turut itu tidak beraksi sejak kemenangan 2-1 The Red Devils mengatasi Viktoria Plzen dalam kempen Liga Eropah (UEL) pada 12 Disember lalu.