Terdahulu, pengendali berasal dari Sepanyol itu mengumumkan peletakan jawatannya sejurus selesai kempen tersebut, sebelum ini.
Jurulatih berusia 41 tahun itu menganggap tempoh memegang jawatan itu sebagai penghormatan buat dirinya sambil menghargai detik bersama setiap pemain.
Thanks @FAM_Malaysia ????? pic.twitter.com/94pXD6ZK7n
— Pau Martí (@pauvicentem) December 26, 2024
"Kepada semua peminat, terima kasih di atas sokongannya. Saya selamanya bersyukur terhadap perjalanan ini.
"Jangan pernah berputus asa, teruskan sorakan kepada Harimau Malaya.
"Bersama kita mampu mencapai segalanya," katanya menerusi ciapan di X
Kejayaan terbesar Pau Marti bersama skuad Malaysia ialah menjuarai Pestabola Merdeka 2024 menewaskan Filipina dan Lubnan, September lalu.
Terima Kasih ???? pic.twitter.com/LdS1gqfsf0
— Pau Martí (@pauvicentem) December 20, 2024