Bekas kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Jordi Amat, memberikan ucapan perpisahan selepas empat musim bersama juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu.
Pemain berusia 33 tahun itu dikhabarkan akan memperkuatkan sebuah pasukan di Liga Indonesia musim depan.
Dia antara 11 nama yang diumumkan berpisah dengan skuad Harimau Selatan itu selain Farizal Marlias, Safiq Rahim, Ramadhan Saifullah, Jordi Amat, Jese Rodriguez, Murillo Henrique, Jonathan Viera, Alvaro Gonzalez, Roque Mesa dan Anselmo de Moraes.
"Hari ini saya menutup satu babak penting dalam karier saya, saya mengucapkan terima kasih kepada JDT, tetapi saya membawa tahun yang penuh kejayaan dan pengalaman yang akan tetap bersama saya selamanya.
"Pertama sekali, saya mahu berterima kasih kepada penyokong yang sentiasa bersama kita sepanjang detik sukar dan meraikan detik yang membanggakan.
“Juga kepada semua staf teknikal, fisioterapi, jurumasak dan semua rakan sepasukan kerana tanpa mereka, semua ini tidak boleh direalisasikan.
"Di Johor, saya bukan saja berkembang sebagai seorang pemain, tetapi melebihi segala-galanya. Saya meninggalkan dengan rasa bangga, juga bersyukur kerana di sini adalah keluarga dan saya berasa seperti di rumah.
"Juga kepada Bos (Tunku Ismail) yang percayakan saya dan membantu saya untuk menonjolkan prestasi terbaik saya." katanya.
Berdasarkan transfermarkt, Jordi telah membuat 66 penampilan bersama JDT dan dia telah menyubangkan tiga gol dan enam bantuan jaringan.