Skip to main content

Bola Sepak

Terima kasih JDT. Juara MFL Challenge Cup, Selangor bakal beraksi dalam ACLE?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afc.jpg
Naib juara Piala FA 2024, Selangor, berpeluang mengikuti jejak langkah juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim depan.

Ini menyaksikan skuad Harimau Selatan itu perlu menempah kemenangan berdepan wakil Thailand, Buriram United, dalam perlawanan timbal balik kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.

Sekiranya JDT mencatat kejayaan, ini menyaksikan perubahan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang akan membuka banyak peluang kepada pasukan Malaysia bermain di peringkat Asia. 

 

"Jika Malaysia berada di tempat keempat, jumlah slot yang akan diperoleh ialah dua iaitu satu ACLE, satu ACL2 dan satu kelayakan (plaff-off) kepada ACLE,"  kata Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul, kepada wartawan, Fina Nasrom.

Kemas kini terbaru menawarkan Malaysia berada di kedudukan kelima zon Asia Timur. 

"JDT banyak membantu Malaysia daripada segi mengutip mata dengan banyak pencapaian yang membangggakan," tambahnya.

"Terima kasih kepada JDT," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video