Terima kasih atas sumbangan, semoga maju jaya Kim Pan-gon -- TMJ
Julai 16, 2024 07:39 MYT
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengucapkan selamat berjaya buat Kim Pan-gon, berikutan perletakan jawatannya sebagai pengendali Harimau Malaya.
Pertemuan bersama bekas pengendali berusia 55 tahun itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahad, di sebuah hotel sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur.
Good luck and all the best Kim Pan-gon. Had a good football discussion. pic.twitter.com/15Wv1bHiDU
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) July 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu melalui laman X mengucapkan: "Selamat berjaya Kim Pan-gon, perbincangan mengenai bola sepak yang menarik."
"Mungkin mendapat tawaran yang lebih baik. Kalau betul ke Ulsan, selamat berjaya. Terima kasih atas sumbangan anda." katanya.
Sepanjang dua tahun empat bulan Pan-gon melatih skuad negara, dia berjaya membawa Malaysia ke saingan Piala Asia Qatar 2022 dan memacu kedudukan ranking daripada 154 ke 135 kini.