Skip to main content

Bola Sepak

Terima kasih Ancelotti -- Heynckes

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

heynckes_1.jpg
BAYERN 4 AUGSBURG 1

Jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes, mengucapkan terima kasih kepada Carlo Ancelotti di atas penglibatannya musim ini selepas The Bavarians menjulang kejuaraan Bundesliga hasil kemenangan 4-1 ke atas Augsburg.


Ancelotti dicepat Bayern pada penghujung September lalu susulan kekalahan 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) kepada Paris Saint-Germain (PSG).

Pengendali kelahiran Itali itu dilaporkan kehilangan sokongan daripada tonggak utama pasukan, dengan Thomas Muller dan Arjen Robben merupakan antara pemain yang mempertikaikan corak pengendalian Ancelotti secara terbuka.

Heynckes mengambil alih tempat Ancelotti pada permulaan Oktober dan Bayern kembali menemui rentak sehingga kemenangan 4-1 ke atas Augsburg memastikan mereka menjulang kejuaraan Bundesliga buat kali keenam dengan kelebihan 20 mata.

Tetapi Heynckes menjelaskan bahawa sumbangan Ancelotti ke atas Bayern pada permulaan musim amat penting di atas kejayaan ini.

"Saya ingin berterima kasih kepada Ancelotti di atas penglibatan beliau dalam usaha menjuarai liga ini.

"Saya berasakan beliau adalah jurulatih yang berkualiti."

Bayern ketinggalan terlebih dahulu dalam perlawanan ini selepas Niklas Sule menjaringkan gol sendiri sebelum Corentin Tolisso, James Rodriguez, Arjen Robben dan Sandro Wagner mengubah keputusan perlawanan hingga tamat permainan.

Advertisement

Must Watch Video