Sebanyak 13 negara akan berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang akan diadakan di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, dari 4 hingga 11 Mac ini.
Menurut Ketua Pertandingan Futsal dan Bola Sepak Pantai AFC, Brian Johnson, venue pertandingan dijangka siap menjelang penghujung bulan depan dan bakal menjadi tarikan yang serba lengkap kepada pegawai pertandingan, pemain dan peminat.
“Kejohanan dwi-tahunan ini adalah edisi kedua selepas diadakan di Qatar pada 2015 yang menyaksikan Oman muncul juara sulung.
“Pantai Batu Burok dipilih kerana lokasinya yang strategik dan mempunyai pesisir pantai yang luas selain permukaan pasir yang lembut menjadikannya sesuai untuk sukan bola sepak pantai.
“Satu arena utama berkapasiti 600 penonton akan dibina pada pertengahan bulan depan dan mengambil masa dua minggu untuk disiapkan, selain gelanggang latihan serta Perkampungan AFC.
“13 negara termasuk Malaysia akan mengambil bahagian dan dibahagikan kepada tiga kumpulan.
“Tiga pasukan terbaik akan mewakili Asia ke Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA di Bahamas, April nanti,” ujarnya.
Skuad negara yang dibimbing Ismail Zakaria diundi dalam Kumpulan A bersama Iran, Bahrain, China dan Afghanistan.
Kumpulan B pula menyaksikan penyandang juara, Oman, diundi bersama Lubnan, Uzbekistan dan Thailand.
Jepun, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Qatar pula diletakkan di dalam Kumpulan C.
Johnson ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kejohanan di Wisma Darul Iman, Kuala Terenggnu, semalam, yang dipengerusikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.
Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu, dan Pegawai Operasi Media AFC, Lee Seunghun.