Skip to main content

Bola Sepak

Terengganu sambar bekas perancang Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

careca_1.jpg
Terengganu, dalam satu hantaran media sosial malam tadi, mengumumkan kehadiran pemain tengah baru, Careca, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025-26.

Pemain kelahiran Rio Branco, Brazil berusia 29 tahun itu sebelum ini pernah mewakili Perak dari 2019 hingga 2021.

Pengalamannya beraksi dalam Liga Malaysia pasti ditagih skuad Peteh berkenaan, selain dia juga pernah beraksi dalam Liga Brazil dan Korea Selatan.

TFC sebelum ini sudah menyenaraikan empat pemain import, iaitu Nurillo Tukhtasinov (Uzbekistan), Junior Ngong Sam (Cameroon), Yan Mabella (Perancis) dan Gabriel Costa (Brazil).

Sang Penyu akan memulakan kempen pramusim mereka dengan berdepan Penang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam esok.

 

Advertisement

Must Watch Video