Skip to main content

Bola Sepak

Terengganu perlu elak ulang kesilapan sama -- Badrul Afzan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu.jpg
Pemain Terengganu FC (TFC) diingatkan supaya tidak mengulangi kesilapan mudah apabila menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi esok.

Penolong pengendali TFC, Badrul Afzan Razali berkata, skuad Penyu perlu mengambil pengajaran daripada kekalahan kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 2 Mac lalu, supaya dapat pulang dengan tiga mata penuh.

“Kami perlu berhati-hati dengan Negeri Sembilan kerana mereka dibarisi pemain berpengalaman ditambah kelebihan beraksi di laman sendiri.

“Saya harap pemain dapat fokus daripada awal hingga minit terakhir permainan. Jangan ulangi kesilapan sama ketika di Kedah yang menyebabkan kami dihukum dengan kekalahan tipis,” katanya.
 

Sementara itu, Badrul Afzan menegaskan kemenangan pertama dilakar TFC ke atas PDRM FC Sabtu lalu, tidak boleh menjadikan pemain terlalu selesa.

Sebaliknya jelas Badrul Afzan, skuad Penyu perlu meningkatkan mutu permainan bagi memastikan momentum kemenangan berterusan.

“Jadi untuk perlawanan menentang Negeri Sembilan, TFC berkemungkinan besar mengekalkan gandingan Jordan Mintah dan Adisak Kraisorn di bahagian serangan, memandangkan Mintah yang diturunkan pertama kali pada perlawanan menentang PDRM FC, menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi walaupun gagal menjaringkan sebarang gol.

“Namun, kita perlu tunggu Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner tentukan barisan kesebelasan utama. Prestasi semasa latihan juga perlu dinilai sebelum keputusan akhir,” katanya.

Badrul Afzan turut mengucapkan tahniah kepada pemain muda, Syafiq Ismail kerana terpilih ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya.

“Ini adalah kali pertama Syafiq tersenarai dalam skuad senior. Ia adalah satu motivasi untuk beliau dan pasukan Terengganu.

“Saya harap beliau dapat panggilan dan berpeluang menimba pengalaman di peringkat lebih tinggi,” katanya.

kredit: Sinar Harian

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video