Terengganu ikat Akhyar Rashid secara tetap
Shaiful Shamsudin
Januari 15, 2025 18:56 MYT
Januari 15, 2025 18:56 MYT
Akhyar Rashid kekal di Terengganu sebagai pemain tetap hingga musim depan, secara tidak langsung boleh diturunkan untuk menghadapi Johor Darul Ta'zim (JDT), Jumaat ini.
Akhyar pada asalnya tiba sebagai pemain pinjaman sebelum pemilik Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memperkenankan penghijrahan ke kelab Pantai Timur itu dalam usaha membantu prestasinya sebagai aset Harimau Malaya.
Justeru, khidmat Akhyar -- yang mula menyertai JDT pada 2019 sejurus meninggalkan Kedah Darul Aman -- boleh digunakan untuk pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2025 di Gong Badak menentang bekas majikannya itu.