Terengganu FC sedang giat meneliti pemain import baru dan secara tidak langsung Tomislav Steinbruckner memberi isyarat untuk mengadakan rombakan dalam pasukan menjelang jendela perpindahan kedua yang bermula Rabu depan.
Pemain yang dikait rapat dengan Terengganu ketika ini ialah import dari Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov, yang mampu memperkemaskan posisi tengah.
"Nurillo Tukhtasinov mungkin akan datang.
"Kami juga memantau sumber berbeza termasuk bakat tempatan di bahagian tengah dan penyerang.
"Mungkin beberapa pemain import perlu ditukar seperti menamatkan kontrak mereka untuk tujuan penjimatan.
"Terlalu ramai pemain yang merebut posisi Habib Haroon seperti Domagoj Pusic dan Liridon Krasniqi. Mereka semua adalah pemain tengah bertahan dan bukannya pemain tengah menyerang sejati," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Tidak dinafikan, keharmonian bilik persalinan skuad Peteh terjejas berikutan kekalahan kepada Kuala Lumpur City dalam saingan separuh akhir Piala FA minggu lalu.
Lebih sensasi apabila Steinbruckner menamakan antara pemain yang enggan mengambil sepakan penalti dalam pertemuan itu, Jordan Mintah.
Menerusi perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, Steinbruckner mengesahkan Mintah diketepikan dalam aksi bertemu Kedah Darul Aman atas faktor disiplin penyerang itu dalam perlawanan terdahulu.
"Benar dia tidak akan diturunkan. Sebagai ketua jurulatih, saya yang menentukan pilihan barisan.
"Saya tidak boleh merungut kualiti pemain tetapi disiplin haruslah menjadi keutamaan kami," katanya lagi.