Skip to main content

Bola Sepak

Terengganu FC beri bayangan kelibat Jordan Mintah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jordan-mintah.jpg
Kelemahan jentera serangan Terengganu FC (TFC) antara punca pasukan itu hanya memperoleh satu mata selepas seri tanpa jaringan ketika melayani kunjungan KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam tadi. 

Perkara itu diakui oleh Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner, malah dia juga nyata kecewa selepas skuad kendaliannya itu masih gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga perlawanan Liga Super.

"Saya tidak berpuas hati hanya mengutip satu mata dari perlawanan ini selepas banyak peluang terhidang malangnya tiada gol terhasil dalam 270 minit. Ianya cukup merisaukan.

"Mereka (Adisak dan Mamut) juga tidak mendapat bantuan sehingga pertukaran posisi Sony (Norde) dan Syafik (Ismail), baru ada hantaran berkualiti dari sebelah sayap.




"Apa yang ditunjukkan ketika sesi latihan cukup baik tetapi tiba hari perlawanan, ia tidak seperti yang kami harapkan," katanya dalam sidang akhbar.

Jurulatih berasal dari Croatia itu melihat barisan pertahanan TFC yang diketuai Sardor Kulmatov dan ketua pasukan, Shahrul Nizam Roshasni, mempamerkan persembahan yang terbaik.

Namun, jentera tengah dan serangan dilihat masih belum mempamerkan aksi terbaik dan perlu lebih agresif dalam mengatur gerakan.






Jelasnya, pasukan itu juga gagal memanfaatkan situasi bola mati dengan 10 sepakan sudut dan sekurang-kurangnya tiga sepakan percuma dalam kedudukan terbaik yang dimiliki.

"Jentera kedua-dua bahagian sepatutnya lebih agresif dan menunjukkan naluri pemusnah. Malangnya ia tidak berlaku malam ini," ujarnya lagi. 

Dalam pada itu, Tomislav turut memberi bayangan dua pemain iaitu Ivan Mamut dan Adisak Kraisorn bakal digugurkan bagi memberi peluang kepada penyerang simpanan, Jordan Mintah, yang bersama TFC II untuk beraksi dalam perlawanan seterusnya.

Keputusan seri 0-0 ketika bertemu KL City FC itu meletakkan pasukan naib juara Liga Super tahun lalu berkenaan di kedudukan tercorot dan menjadi satu-satunya pasukan tanpa sebarang gol setakat ini.

Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video