Skip to main content

Bola Sepak

Terengganu dalam usaha risik khidmat Luqman Hakim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luiqman.jpg
Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, dikhabarkan sedang dirisik Terengganu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025/26 nanti.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC), Mohd Sabri Abas, mengenai usaha untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu.

Dia turut berkongsi bahawa bakal mengadakan pertemuan bersama pemain KV Kortrijk itu pada Mei nanti, dengan berharap kata sepakat akan segera dinoktahkan.

"Kami sudah risik pemain itu (Luqman) bagi membolehkannya beraksi bersama TFC pada saingan Liga M nanti, lagi pun kami serius untuk mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan itu.

"Bagi memastikan ianya menjadi kenyataan, jika tiada aral pihak kami akan mengadakan pertemuan dengan pemain itu pada Mei nanti untuk perbincangan lebih terperinci.

"Pihak kami mengharapkan perjumpaan itu nanti bakal berakhir dengan keputusan positif dalam misi TFC untuk memperkasakan lagi jentera serangan pada saingan akan datang.

"Pada masa sama minit permainan penyerang tempatan itu bakal bertambah sekali gus mampu meningkatkan lagi prestasinya," katanya seperti dilaporkan akhbar tempatan.

Advertisement

Must Watch Video