Skip to main content

Bola Sepak

Teong Kim mahu anak buah lebih tenang di depan gawang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hadi-fayyadh.jpg
Ketua jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim, tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di sebalik berkongsi mata ketika bertemu PDRM di Stadium MBPJ, malam tadi. 

Rasa kecewa itu diluahkan Teong Kim memandangkan banyak percubaan tepat terhasil, tetapi tiada sebarang jaringan menerjah gawang tuan rumah. 

"Mungkin mereka terlalu ghairah sangat (di depan gol).

"Mereka tidak tenang, dalam situasi ini mereka perlu tenang. 

"OK mungkin mereka masih muda," katanya selepas perlawanan. 

Ketua jurulatih PDRM, Azzmi Aziz, turut meluahkan kegusarannya terhadap barisan hadapan yang masih terkial kial untuk mencetak jaringan selepas dua perlawanan. 




"Pastinya kami risau. 

"Walaupun ada peluang seperti ketika bertemu Sabah tetapi malam ini kami masih lagi tidak menemui jaringan.

"Saya harap kami lebih tajam di Kedah nanti," katanya pula. 

Advertisement

Must Watch Video