Skip to main content

Bola Sepak

Tentangan sengit Sarawak United belum cukup sekat Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gustavo.jpg
NEGERI SEMBILAN 3 SARAWAK UNITED 2 

Sentuhan pemusnah daripada duo import memacu kemenangan Negeri Sembilan untuk kekal di tangga ketiga Liga Super -- satu mata dipisahkan dengan Sabah -- menjelang jadual perlawanan antarabangsa.


Dua jaringan Gustavo --- ledakan kelapan dalam kempen musim ini -- dan satu gol daripada Matheus Alves menghasilkan kemenangan 3-2 dalam satu permainan sengit bertemu Sarawak United di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi. 

Sebaik Gustavo membuka tirai jaringan pada minit ke-17, pelawat menutup babak pertama dengan jaringan penyamaan menerusi Raja Imran Shah Raja Amin.

Begitupun, dua gol yang menyusul selepas rehat tidak menjamin ketenangan kem kendalian K. Devan itu apabila Sarawak United turut memiliki beberapa peluang menarik untuk merapatkan jurang. 

Jaringan Nur Shamie Iszuan Amin pada minit ke-87 menyuntik lagi semangat juang kelab dari Borneo itu untuk memburu gol penyamaan dan percubaan deras Uche Agba dalam kotak penalti hampir membuatkan pasukan Hoben Jang Hoben berkenaan gigit jari sebelum tiupan wisel penamat. 




Dalam satu lagi aksi Liga Super malam ini, Kedah Darul Aman membawa pulang tiga mata apabila kembali meraih rentak kemenangan berturut-turut selepas menumbangkan Melaka United 3-0 di Stadium Hang Jebat. 

Skuad Kenari dijadual bertemu Selangor, Rabu depan, sebelum memberi laluan kepada kempen Harimau Malaya di Thailand, hujung bulan ini. 






 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video