TENIS
Tenis Terbuka Perancis: Nadal cadang curi masa hadiri venue final UCL
Rafael Nadal berhasrat untuk menghadiri perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) di antara Real Madrid dan Liverpool sekalipun Terbuka Perancis sedang berlangsung.
Stade de France di Paris bakal menjadi menjadi pentas perlawanan akhir UCL, awal pagi esok, yang menyaksikan Madrid memburu trofi Piala Eropah ke-14 sementara Liverpool ingin menambah kejayaan Piala Liga Inggeris (EFL) dan Piala FA musim ini.
Sementara itu, di seberang bandar di ibu negara Perancis berkenaan, Nadal masih bersaing di Roland Garros selepas menewaskan Botic van de Zandschulp 6-3, 6-2, 6-4 awal pagi tadi.
Iklan
Pemain legenda Madrid, Zinedine Zidane, turut hadir bintang tenis Sepanyol itu melakar kemenangan dan pemain berusia 35 tahun tersebut akan memulakan kempen pusingan 16 bertemu Felix Auger-Aliassime.
Hey @RafaelNadal, what's your secrets to achieving 301 Grand Slams wins and counting? ?#RolandGarros pic.twitter.com/ehs3SFMaMN— Roland-Garros (@rolandgarros) May 27, 2022
Walaupun Nadal tidak sempat menyapa Zidane, dia menyedari kehadiran bekas ketua pasukan Perancis itu dan juara 21 grand slam berkenaan mendedahkan dia sedia melakukan perjalanan singkat demi memberi sokongan kepada skuad kendalian Carlo Ancelotti tersebut.
“Saya tidak nampaknya tetapi saya menyedari kehadirannya. Saya tahu dia verada di sini kerana saya mendengar orang ramai menjerit namanya sepanjang masa,” katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai Zidane.
“Jadi saya bayangkan dia akan berada di sini tetapi saya tidak berpeluang untuk berjumpa dengannya selepas perlawanan saya atau bercakap dengannya langsung.
“Esok, mari kita lihat bagaimana saya bangkit daripada tidur kerana kita tidak pernah tahu dengan kejutan tubuh sendiri.
"Tetapi jika tiada apa-apa yang berlaku dan saya menjangkakan tiada apa-apa yang berlaku, seandainya saya dapat berlatih dengan baik esok, niat dan matlamat saya adalah untuk berada di Stade de France."
Must-Watch Video