Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, kekal presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan baru persatuan itu.
Pemilihan jawatankuasa penggal 2019-2022 itu diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-63 PBNP, hari ini.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abdul Manaf.
Pemilihan itu juga menyaksikan penyandang kerusi utama turut menang tanpa bertanding manakala dua muka baru dipilih sebagai anggota jawatankuasa majlis.
Kerusi timbalan presiden kini disandang oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, yang menggantikan Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.
Muhammad Safian, bagaimanpun, masih memainkan peranan dalam PBNP sebagai naib presiden 1 manakala jawatan naib presiden II dipegang Datuk Seri Zamri Ramly.
Dua muka baru dalam 10 barisan kepimpinan persatuan itu ialah Datuk Mohd Mazri Mahmud dan Muhammad Muaz Dahari, manakala lapan yang lain ialah Raja Mustapa Shah Raja Jalil Shah, Rosli Noordin, Abd Razab Wahab, Datuk Seri Mohamad Zaini Saleh, Ahmad Salizam Ghazali, Datuk Taufek Razak, S. Krishnan dan Adzland Zakaria.
Seramai 58 orang daripada 77 perwakilan hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan Muhammad Safian itu.
-- BERNAMA