BOLA SEPAK
Ten Hag yakin Ronaldo akan jaring lebih banyak gol
Cristiano Ronaldo akan memperoleh lebih banyak gol selepas menjaringkan gol ketika kembali ke dalam kesebelasan utama Manchester United, kata Erik ten Hag, yang menjelaskan penggantian awal Antony dalam kemenangan 3-0 Liga Europa ke atas Sheriff telah dirancang.
Ronaldo digugurkan daripada perlawanan bertemu Chelsea berikutan keengganannya untuk muncul sebagai pemain gantian semasa perlawanan sebelumnya menentang Tottenham, tetapi melengkapkan kemenangan rutin 3-0 yang memastikan pasukan Red Devils menduduki tempat dua teratas dalam Kumpulan E.
Ia menandakan gol pertama bintang Portugal itu musim ini di Old Trafford dan Ten Hag, yang menyaksikan Diego Dalot dan Marcus Rashford turut menjaringkan gol, yakin lebih banyak jaringan bakal tiba.
"Melihat Ronaldo mendapat golnya cukup baik," kata Ten Hag. "Dia berusaha menghasilkan jaringan untuk pasukan, dan kami mengetahui dia mempunyai keupayaan untuk menyempurnakan jaringan. Dia memerlukan satu gol dan sekarang saya yakin akan ada lebih banyak gol.
"[Prestasi pasukan] baik. Sudah tentu, anda berharap anda menjaringkan gol dalam setengah jam pertama, jadi ia mengambil masa yang agak lama, tetapi kami berhak mendapat gol itu.
"Separuh masa kedua, kami menjaringkan dua lagi gol yang bagus dan saya gembira kerana gawang United tidak dibolosi. Ia adalah kemenangan yang terbaik."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketua jurulatih United itu juga mempertahankan keputusannya untuk menggantikan Antony pada separuh masa. Dengan permainan masih tanpa jaringan, pemain antarabangsa Brazil itu mendapat perhatian memerlukan bantuan staf perubatan.
Ketika ditanya sama ada bekas pemain sayap Ajax itu digantikan untuk insiden itu, Ten Hag menjawab: "Tidak. Ia telah dirancang oleh pasukan.
"Saya mahu melihat Marcus dan Cristiano bergandigan, dan dinamik di sebelah sayap kanan."