Skip to main content

Bola Sepak

Ten Hag yakin Martial mampu kembali ke prestasi terbaik di Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

martial.jpg
Erik ten Hag mahu Anthony Martial kekal fokus dan bermotivasi seandainya penyerang itu mahu memastikan masa depannya bersama Manchester United.

Karier Martial di United kelihatan akan berakhir dengan kekecewaan apabila dia dipinjamkan ke Sevilla pada Januari lalu.

Pemain kebangsaan Perancis itu juga sukar untuk mencuri tumpuan di Andalusia, di mana dia hanya menjaringkan satu gol daripada 12 penampilan dalam kesemua kejohanan.

Dia kembali ke United menjelang musim 2022-23 dan setakat ini kelihatan tajam di depan gawang dalam jelajah pramusim, di mana dia menemui sasaran ketika menewaskan Liverpool 4-0 pada Selasa lalu dan Melbourne Victory 4-1 di Australia malam tadi.

Ten Hag yakin akan ada lebih banyak aksi cemerlang dipamerkan pemain berusia 26 tahun itu, yang dikatakannya bersedia untuk memberikan komitmen penuh untuk mendapatkan aksi terbaik.

Pengurus berbangsa Belanda itu berkata kepada wartawan di Australia: "Saya pasti dia boleh kembali menjadi lebih baik.

"Saya fikir apabila dia mempunyai fokus dan motivasi yang betul dan dia berusaha keras, dia akan menghasilkan sesuatu kerana dia seorang pemain yang bagus.

"Saya boleh kata apabila dia mempunyai fokus yang betul setiap hari dan memberikan semampunya, dia akan menghasilkan sesuatu, jadi ia terpulang kepadanya," katanya.

 


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video