Skip to main content

Bola Sepak

Ten Hag tuntut permainan berkualiti daripada Man United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tenhag.jpg
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, menuntut pemainnya mengekalkan 'standard yang tinggi' seperti melakar kemenangan ke atas Liverpool.

Ten Hag memperoleh tiga mata pertamanya sebagai pengendali United Selasa lalu dengan kemenangan cemerlang 2-1 ke atas pencabar Liverpool di Old Trafford, berikutan permulaan buruk musim ini yang menyaksikan mereka tewas dalam dua perlawanan pembukaan.

Pasukan kendalian pengurus dari Belanda itu kini akan membuat perjalanan ke pantai selatan England ketika mereka ingin menyusuli kemenangan terdahulu dengan tiga mata lagi di tempat lawan di Southampton.

Namun, untuk mencapai itu, United perlu menamatkan rentetan tujuh kekalahan liga berturut-turut di tempat lawan sejak musim lalu, menentang pasukan yang menang di tempat lawan di Leicester City hujung minggu lalu.

Dan Ten Hag telah mengarahkan pemainnya mengekalkan tenaga yang sama seperti yang menyaksikan mereka menewaskan naib juara Liga Perdana Inggeris (English Premier League) musim lalu.

"Kami perlu mempunyai standard yang tinggi. Ia adalah permintaan kepada kumpulan itu," kata Ten Hag.

"Sekarang mereka melihat apa ganjarannya, jadi kami perlu memadankan larian masuk dan keluar dari penguasaan bola. Kami memerlukan larian dan pergerakan jika anda mahu menentukan permainan.

"Semangat itu sudah baik tetapi sekarang ia lebih baik [mengikuti kemenangan hari Isnin]. Tetapi ia hanya satu perlawanan jadi kami perlu membina lebih jauh, kami perlu membangun dan saya fikir semua orang sedar tentang itu."
 

Penandatanganan baharu Casemiro boleh membuat penampilan sulungnya untuk Red Devils pada hari Sabtu selepas tiba dari Real Madrid, tetapi Ten Hag mendedahkan bahawa penyerang Anthony Martial tidak tersedia.

"Anda akan lihat esok [dari segi perubahan]. Casemiro cergas dan dia melakukan semua sesi latihan," tambah Ten Hag.

"Anthony Martial tidak cergas. Dia memiliki kecederaan Achilles. Saya tidak dapat memberitahu prognosis, berapa lama masa yang diperlukan. Saya harap dia akan tersedia untuk perlawanan seterusnya."

United telah dikaitkan rapat dengan penyerang Ajax, Antony, dalam beberapa hari kebelakangan ini, dan Ten Hag tidak menolak lebih banyak ketibaan sebelum jendela perpindahan berakhir.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video