Ten Hag tiada kegusaran kecergasan Bruno Fernandes
Shaiful Shamsudin
Mei 18, 2024 09:27 MYT
Mei 18, 2024 09:27 MYT
Erik ten Hag tidak bimbang dengan kecergasan Bruno Fernandes menjelang perlawanan terakhir penutup musim Liga Perdana Inggeris (EPL).
Fernandes mempamerkan aksi hebat dalam peranan bahagian tengah menyerang ketika Manchester United menang 3-2 ke atas Newcastle.
Pemain antarabangsa Portugal itu terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan pada lewat permainan, namun Ten Hag tidak begitu susah hati.
“Bruno tidak banyak ketinggalan persiapan kami dan dia cergas,” kata pengurus itu kepada saluran media United.
Closing out the 2023/24 #PL season ?#MUFC pic.twitter.com/w0Nzr0idDb
— Manchester United (@ManUtd) May 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya akan katakan ia antara kebimbangan saya yang terendah. Dia segar dan dia berada dalam prestasi yang sangat baik tetapi selain yang anda sebutkan, adalah penting untuk mendapatkan minit permainan.
"Mereka terlepas beberapa perlawanan. Marcus Rashford, sudah pasti. Saya akan katakan Lisandro Martinez tersisih hampir sepanjang musim. Jadi setiap minit yang dia layak dapatkan, kami perlu berikannya."