Skip to main content

Bola Sepak

Ten Hag puji peningkatan prestasi Maguire, Weghorst di Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wout-weghorst-harry-maguire.jpg
Harry Maguire dan Wout Weghorst terus mencuri hati Erik ten Hag dan pengurus Manchester United itu tidak keberatan untuk memuji prestasi dua pemain berkenaan ketika membenam West Ham awal pagi tadi.

Dua pemain itu dinamakan sebagai kesebelasan utama ketika United bangkit menewaskan West Ham 3-1 dalam pusingan kelima Piala FA di Old Trafford, hanya beberapa hari selepas The Red Devils menewaskan Newcastle United dalam final Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi Isnin lalu.

Ketua pasukan, Maguire, yang hanya beberaksi selama beberapa minit sewaktu final di Wembley berkenaan, menjadi pilihan yang agak terkebelakang berbanding Raphael Varane dan Lisandro Martinez sejak pasukan itu dibimbing Ten Hag.

Pertahanan tengah itu mempamerkan aksi meyakinkan dalam perlawanan di Old Trafford kali ini dan Ten Hag ternyata gembira melihatnya dapat menyesuaikan diri dengan peranan di bahagian kanan biarpun sebelum ini dia lebih kerap beraksi di bahagian kiri.

"Cara permainan saya, ia sudah semakin bagus. Saya lebih memilih pemain yang mempunyai keamatan dan dia telah mempamerkan prestasi yang baik. Dia mengambil inisiatif ketika kami sedang atau tidak menguasai permainan.

"Dia meminta bola dan memperoleh momen yang amat baik. Saya menunjukkannya video (prestasinya dan pemain lain) tentang bagaimana dia boleh mengatasi pemain lawan.

"Dia perlu mencari cara bagaimana untuk memberikan impak, dia mempunyai kemahiran yang amat tinggi. Sebagai seorang pertahanan tengah, dia memiliki banyak kemahiran dan dia perlu memanfaatkannya," katanya.
 
Weghorst, yang memulakan aksi final di Wembley dan membantu jaringan Marcus Rashford, kelihatan kian bersemangat walaupun kurang menjaringkan gol sejak tiba sebagai pemain pinjaman daripada Burnley.

Usaha berterusan pemain itu untuk mendapatkan bola jelas menggembirakan Ten Hag, di mana dia terlibat dengan ketiga-tiga gol yang dihasilkan United awal pagi tadi, termasuk jaringan sendiri Nayef Aguerd selain gol daripada Alejandro Garnacho dan Fred pada lewat permainan.

"Dia antara pemain terbaik di atas padang," tambah Ten Hag.

"Dia terlibat dalam memaksa pemain lawan menjaringkan gol sendiri.

"Gol Garnacho pula, dia melakukan tekanan dan sewaktu gol ketiga, dia melakukan tekanan yang amat baik untuk Fred menjaringkan gol.

"Dia telah melakukan tugas yang amat baik buat pasukan ini. Pada awal musim ini, Rashford juga tidak menjaringkan banyak gol, jadi saya yakin dia juga akan dapat menjaringkan gol.

"Apabila dia dapat menjaringkan gol pertamanya, dia akan mendapatkan lebih banyak lagi."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Piala FA Inggeris
Sabtu, 06 Dis
Round 2
03:30 AM
Salford City-team-logo Salford City
Leyton Orient-team-logo Leyton Orient
11:00 PM
Wigan Athletic-team-logo Wigan Athletic
Barrow-team-logo Barrow
11:00 PM
Chelmsford City-team-logo Chelmsford City
Weston Super Mare-team-logo Weston Super Mare
11:00 PM
Accrington Stanley-team-logo Accrington Stanley
Mansfield Town-team-logo Mansfield Town
11:00 PM
Grimsby Town-team-logo Grimsby Town
Wealdstone FC-team-logo Wealdstone FC
11:00 PM
Swindon Town-team-logo Swindon Town
Bolton Wanderers-team-logo Bolton Wanderers
11:00 PM
Peterborough United-team-logo Peterborough United
Barnsley-team-logo Barnsley
11:00 PM
Stockport County-team-logo Stockport County
Cambridge United-team-logo Cambridge United
11:00 PM
Milton Keynes Dons-team-logo Milton Keynes Dons
Oldham Athletic-team-logo Oldham Athletic
11:00 PM
Port Vale-team-logo Port Vale
Bristol Rovers-team-logo Bristol Rovers
11:00 PM
Fleetwood Town-team-logo Fleetwood Town
Luton Town-team-logo Luton Town
11:00 PM
Exeter City-team-logo Exeter City
Wycombe Wanderers-team-logo Wycombe Wanderers
11:00 PM
Cheltenham Town-team-logo Cheltenham Town
Buxton FC-team-logo Buxton FC

Must Watch Video