Skip to main content

Bola Sepak

Ten Hag nafi Cristiano Ronaldo punca masalah di Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo-ten-hag.jpg
Bekas pengurus Manchester United, Erik Ten Hag, menjelaskan bahawa dia dan Cristiano Ronaldo tidak terbabit dalam sebarang isu dalaman sekalipun kekeruhan hubungan mereka diketahui umum.  

Bintang itu mengkritik kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut termasuk Ten Hag yang secara tidak langsung mendorong Ronaldo dan kelab menamatkan kontrak secara persetujuan bersama di penghujung 2022. 

Namun, Ten Hag yang hilang jawatannya di kem The Red Devils pada hujung tahun lalu sebelum dilantik untuk mengemudi Bayer Leverkusen pada musim 2025/26. 

"Cristiano Ronaldo tidak pernah menjadi satu masalah. 

"Ia sudah berlalu. Apa yang terjadi sudah berlalu. 

"Kami memenangi dua trofi bersama-sama di Manchester United. 

"Saya mendoakan yang terbaik untuk masa depannya dan semoga dia terus berjaya," katanya selepas kekalahan 0-2 anak buahnya kepada The Blues, awal pagi tadi. 


 

Advertisement

Must Watch Video